buku love

buku love
~disini aku meluahkan isi hatiku~

Tuesday 17 January 2012

Jangan Berharap Pada Yang Tidak MenCINTAIMU

<3Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.
<3 Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
<3 Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak    mencintainya.




Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang  seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

 Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

 Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku."

 “Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

 “Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

 Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Saturday 7 January 2012

Jangan Ada Benci :)





• Jangan diganti kasih sayang dgn hati yg benci


Bila dia bukan untukmu..bila dia bukan jodohmu..usah pendam rase dendam dan benci..saatnya nnti..akan ada yg lebih baik buatmu..kerna ALLAH swt Maha Mengetahui.





Emak Abah i lebiu :)







Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

"dan apabila mata IBUmu sdh trtutup,,maka hilanglah satu kbrkatan di sisi ALLAH.....iaitu....DOA SEORANG IBU...

jodoh itu rahsia Allah






Awak...
Jodoh tu rahsia Allah...

☻♥☻
/█\/█\
.||.||.





sekuat mana sy stia dgn awk...
shebat mana sy merancang...
sjauh mana sy menunggu...
skeras mana sy bersabar...
sjujur mana sy menerima awk...

Jika Allah tidak menulis kita bersama....kita ttp tidak akan bersama...
sy harap awk faham... inilah peluang utk awk cari yg baik lg dr sy.....sy byk kekurangan... sy doakan smoga awk bhgia dunia akhirat...
terima kasih awk kerana pernah menyayangi sy  =')



Thursday 5 January 2012

SAYA HEPI BILE AWK HEPI :)


awk nk tau x? td mlm sy hepi sgt sbb sy dpt dgr awk ketawa…
walaupun sy ejek nama awk dlm bahasa terenganu tp awk x kesah…
awk hepi je…..
sy mengaku mmg sy slalu sakitkn hati awk…
sy harap smue 2 x ubah ckit pon syg awk pd sy…
sy sentiasa syg kn awk…J

UPDATE!

smlm sy dpt menggembirakn awk....sy tngok awk hepi sgt masa sy kol  awk...
tp...
arini awk rasa sy x lyn awk....hmm sy x tau kat mana salah sy...sy dh cuba spend masa sy dgn awk...mungkin sy ni mmg xpandai nk layan pmpn...xpandai nk ambik ati pmpn... sbb kehidupan sy x terdedah sgt dgn pmpn sjak skolah lg....
awk slalu mengeluh...mcm mane klu kite kawen nanti klu sy mcm ni....hmm..
tp xpe la...ape pn terjadi sy tetap syg awk... J






org kata klu kite syg kat seseorang 2 x semestinye kite kena memiliki org 2...
tp cukupla kite membuat org yg kite syg 2 bhgia...J

walaupon awk bukan jodoh sy, sy akan cuba pastikan awk bhgia sblom sy pg jauh dr idup awk...
awk bahagia dh cukup bg sy....
tp sy harap klu awk x nk dgn sy awk tolak la dgn cara baik 1 ari nanti ye?? sy akan terima...
harap awk xpyh pedulikan sy pas2...
i’Allah hati sy akan pulih walaupn ambik masa yg lame...
papepon sy akan pastikan awk bahagia...i2 janji sy...



smoga awk dpt seseorang yg btol2 memahami awk nanti! J



Wednesday 4 January 2012

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam? (kopipes) :)

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam? – Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.






Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!

***********************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Betul apa yang dia kata tu. Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Cuba fikir mana lagi penting?